Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (November 2020) |
Undi tidak percaya merupakan satu penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang dalam kedudukan tanggungjawab (kerajaan, pengurusan, dan lain-lain) tidak lagi dianggap sesuai untuk memegang jawatan tersebut, termasuk disebabkan tidak layak dalam hal tertentu, gagal melaksanakan kewajiban, atau membuat keputusan yang dianggap merugikan. Dalam gerakan parlimen, ia merujuk kepada kehilangan keyakinan (satu atau lebih anggota) terhadap ketua negara yang dilantik.
Pada peringkat persekutuan, hanya Perdana Menteri boleh dikenakan undi tidak percaya kerana beliau sahaja yang memegang jawatan atas kepercayaan ahli Dewan.
Undi tidak percaya boleh berlaku dalam salah satu daripada keadaan berikut:
Pada peringkat negeri, ketua kerajaan negeri sahaja boleh dikenakan undi tidak percaya atas sebab jawatan tersebut dilantik kepada ahli Dewan Undangan Negeri yang, pada pendapat ketua negeri, mendapat sokongan majoriti ADUN,