Dalam common law, Tort adalah suatu kesalahan sivil yang berlainan daripada pelanggaran kontrak, di mana undang-undang melibatkan ganti rugi. Asas kepada undang-undang tort moden berasal daripada ganti rugi pencerobohan dan pencerobohan keatas kes. Perkataan ini berasal daripada bahasa undang-undang Perancis dan bermaksud "kesalahan". Dalam bahasa Perancis, istilah avoir tort bermaksud "untuk menjadi salah". Persamaan bagi cabang undang-undang ini dalam undang-undang sivil adalah delict.
Satu tort adalah satu pelanggaran tidak berdasarkan kontrak yang mungkin dihutangkan kepada seluruh dunia. Majoriti tuntutan undang-undang adalah dibawa dalam cabang tort.
Undang-undang tort dibezakan dengan undang-undang kontrak, undang-undang pengembalian, undang-undang equiti dan undang-undang jenayah. Undang-undang kontrak melindungi jangkaan yang timbul daripada satu perjanjian, undang-undang pengembalian melindungi penkayaan tidak adil, undang-undang ekuiti memastikan bahawa orang berlaku secara wajar dalam sesetengah situasi dan undang-undang jenayah menghukum mereka yang melakukan kesalahan berat seperti pembunuhan yang mengancam keselamatan dan keharmonian rakyat. Notakan juga bahawa banyak kesalahan boleh mewujudkan liability kepada kedua-dua negara sebagai satu jenayah, dan kepada mangsa sebagai tort.
Undang-undang tort bertujuan melindungi kepentingan seseorang individu dalam keselamatannya, tanah milikannya, sumber kewangannya, atau reputasinya. Pengangguan dalam salah-satu kepentingan ini boleh diubati oleh satu tindakan undang-undang menuntut ganti rugi, biasanya dalam satu bentuk . Undang-undang tort secara langsung bertujuan meletakkan si mangsa satu gangguan ke dalam keadaan sebelum dia diperlakukan gangguan itu (berdasarkan prinsip jangkaan atau keadaan wajar).
Dalam kebanyakan negara, tort secara lazimnya dibahagikan kedalam tiga katagori luas — tort sengaja, kecuaian dan gangguan. Catagori atau subkatagori lain diiktiraf dalam sesetengah negara. Sesetengah tort adalah tort berliabiliti ketat dimana pendakwa boleh menuntut dengan syarat dapat membuktikan dengan jelas kesalahan yang didakwanya benar-benar berlaku dengan tidak perlu untuk menunjukkan sifat pemikirannya atau bahawa defenden telah melanggar satu kewajiban menjaga yang wajar.
Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser menakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi."
Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung.
Undang-undang tort menentukan sama ada satu kehilangan yang menimpa sesuatu mangsa patut atau tidak patut diletakkan puncanya pada orang lain. Sesetengah hasil daripada kesalahan yang dilakukan, seperti kos-kos perubatan yang terpaksa dibayar, boleh diganti rugi. Ganti rugi boleh juga dibayar dalam bentuk wang untuk hasil tidak kewangan, seperti kesakitan yang dialami.
Dalam "Matlamat-Matlamat Undang-undang Tort" (The Aims of the Law of Tort) (1951) Glanville Williams melihat empat batu asas diamana pelbagai tort bersantai: pemujukan, keadilan, pencegahan dan pampasan. Undang-undang mempunyai kecenderungan menekan matlamat-matlamat berlainan mengikut tort sengaja dengan tort yang berlaku akibat kecuaian atau liabiliti ketat. Selepas rencana si William itu, berkembangnya satu sekolah penganalisa ekonomi undang-undang yang menekankan insentif dan pencegahan.
Tort secara amnya dikatagorikan oleh dua faktor:
Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan boleh menyebabkan satu kecederaan berlaku kepada seseorang individu. Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort mencederakan orang, tort milikan tanah, tort ekonomi dan tort menjaga air muka.
Tort kecuaian adalah tort yang paling meluas antara kesemua tort dan adalah asas kepada kebanyakan kes kecederaan peribadi. Terdapat beberapa elemen yang sama kepada semua bidang kuasa, secara khususnya: terdapat satu standard penjagaan yang minima yang semua orang dewasa harus mencapai dalam kehidupan seharian mereka; defenden mempunyai satu tugas menjaga kepada pendakwa dan sebarang pelanggaran kepada tugas itu dengan melakukan atau tidak melakukan sesuatu memungkinkan si pendakwa menuntut ganti rugi keatas sebarang kehilangan yang berlaku disebabkan kecuaian ini. Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan munasabah untuk memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si pendakwa. Elemen-elemen ini sering dipermudahkan sebagai formula "standard penjagaan, tugas, pelanggaran, penyebab dan ganti rugi".
Tort gangguan membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas kebanyakan sebab gangguan keatas haknya menggunakan tanah dengan suka sendirinya. Sebagai contoh, bunyi bising daripada lapangan terbang biasanya dipampas oleh tuntutan gangguan.menyorok dan menyimpan harta benda dengan sengaja
Liabiliti ketat diaplikasikan kepada aktiviti berbahaya (seperti pembinaan bangunan) dalam sesetengah negara bagi tujuan melindugi pihak-pihak terlibat dalam aktiviti itu daripada mengalami sebarang kecederaan yang berpunca oleh tindakan pihak lain meskipun pihak berkenaan tidak cuai dalam melakukannya. Teori ini tidak diaplikasi kepada kecederaan yang lebih serderhana sifatnya seperti penjagaan binatang buas, penggunaan bahan letupan, atau simpanan bahan radioaktif. Dalam undang-undang Inggeris, penjagaan makanan juga tertahluk kepada liabiliti ketat, dengan satu restoran boleh didakwa tidak kira betapa berhati-hati tindakan ia menjaga kebersihan.
Dalam sesetengah negara, liabiliti ketat adalah peraturan dalam sesetengah kes liability produk, dengan teorinya berdasarkan hanya liabiliti ketat boleh memaksa pengilang untuk menggunakan reka bentuk paling selamat. Ia juga dipercayai bahawa paksaan ini perlu keatas semua pihak dalam "rantai perdagangan" untuk lebih berhati-hati dalam penjagaan pengeluarkan produk mereka dan tidak cacat cela. Liabiliti produk juga dikatagorikan sebagai satu cabang undang undang tort spesifik, iaitu undang-undang tort toksik.
Pelanggaran hak cipta juga diklasifikasikan sebagai liabiliti ketat dalam sesetengah bidang kuasa.
Dalam common law, ramai tort berasal daripada undang-undang jenayah. Sebagaimana dinotakan di atas, masih terdapat sesetengah pertindanan diantara jenayah dan tort. Sebagai contoh, dalam undang-undang Inggeris, satu serangan adalah satu jenayah dan satu bentuk tort (sejenis pencerobohan keatas individu).
Perbezaan antara kedua-duanya adalah satu tort membenarkan seseorang individu, iaitu biasanya si mangsa, (pendakwa dalam undang-undang Inggeris) untuk mendapat satu pampasan untuk tujuannya sendiri (sebagai contoh dengan pembayaran kepada seseorang dalam satu kemalangan kereta, atau injunksi bantuan untuk menghalang seseorang daripada masuk campur dalam satu peniagaan). Tindakan jenayah pada sebelahnya pula dibuat tidak untuk mendapat pampasan untuk membantu seseorang (walaupun pampasan berkenaan sering terdapat dalam pemberikan mahkamah Jenayah), tetapi untuk menghukum seseorang kerana tindakan mereka. Ini menerangkan kenapa, sebagai contoh, pemenjaraan wujud sebagai satu penalti jenayah berat, tetapi tidak untuk tort.
Kendatipun, ramai bidang kuasa masih menpunyai satu elemen hukuman sebagai sebahagian daripada undang-undang tort seperti kerosakan contoh dan 'kerosakan parah'. Terdapat situasi dimana jika seseorang defenden mengingkari perintah mahkamah, satu pendakwa boleh meminta untuk satu ganti rugi berbentuk hukuman keatasnya, termasuk pemenjaraan. Sesetengah tort mungkin mempunyai elemen umum — sebagai contoh, gangguan umum, — dan ada kalanya satu tindakan dalam tort akan dibawa oleh satu badan umum. Juga, di mana undang-undang jenayah adalah bersifat penghukuman, ramai bidang kuasa telah memajukan bentuk-bentuk ganti rugi kewangan atau pengembalian dimana mahkamah jenayah boleh secara terus mengarahkan defenden untuk membayar mangsa.
Bidang kuasa dimana sistem perundangan berdasarkan undang-undang Inggeris common law mempunyai konsep liabiliti tort. Terdapat perbezaan teknikal antara satu bidang kuasa ke satu yang lain dalam membuktikan tort.