Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. (Jun 2022)
Klik pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Gereja Presbiterian atau Presbyterianisme (terbitan kata Latin presbyter "orang yang tua; tua-tua") adalah salah satu mazhab dalam cabang Protestan agama Kristian yang berakar pada gerakan Reformasi pada abad ke-16 di Eropah Barat. Dari segi doktrin dan ajaran, Gereja Presbiterian mengikuti ajaran-ajaran Jean Calvin, seorang paderi Perancis pada abad ke-16.
Penganut aliran ini (Presbyterian ) umumnya dapat ditemukan dalam negara-negara bekas jajahan Empayar British termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan India. serta beberapa negara yang berbudaya kuat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat seperti Korea Selatan dan Filipina.