Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Aymeric Jean Louis Gérard Alphonse Laporte | ||
Tarikh lahir | 27 Mei 1994 | ||
Tempat lahir | Agen, Perancis | ||
Ketinggian | 1.91 m (6 ka 3 in) | ||
Posisi permainan | Bek tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al-Nassr | ||
Nombor | 27 | ||
Kerjaya remaja | |||
2000–2009 | SU Agen | ||
2009–2010 | Bayonne | ||
2010–2011 | Athletic Bilbao | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2011–2012 | Basconia | 33 | (2) |
2012 | Bilbao Athletic | 8 | (0) |
2012–2018 | Athletic Bilbao | 161 | (7) |
2018–2023 | Manchester City | 121 | (8) |
2023– | Al Nassr | 5 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011 | Perancis B17 | 11 | (1) |
2011–2012 | Perancis B18 | 9 | (0) |
2012–2013 | Perancis B19 | 12 | (1) |
2013–2016 | Perancis B21 | 19 | (1) |
2021– | Sepanyol | 24 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:54, 22 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:55, 12 September 2023 (UTC) |
Aymeric Jean Louis Gérard Alphonse Laporte (Sebutan bahasa Perancis: ; lahir 27 Mei 1994) merupakan pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Arab Saudi, Al Nassr dan pasukan kebangsaan Sepanyol.
Selepas menyertai kelab Athletic Bilbao pada tahun 2010 semasa berumur 16 tahun, beliau menjadi pemain kedua Perancis selepas Bixente Lizarazu yang beraksi untuk kelab itu sebelum beliau tampil dalam 220 perlawanan kompetitif dan menjaringkan sepuluh gol. Pada Januari 2018, beliau melakukan perpindahan ke Manchester City. Beliau ialah sebahagian daripada pasukan yang mencapai "treble" domestik buat kali pertama dalam bola sepak Inggeris pada tahun 2019.
Laporte telah melakukan 51 kemunculan untuk pasukan belia Perancis.
Laporte telah dilahirkan di Agen, Aquitaine dan mempunyai darah Basque melalui moyangnya. Beliau mula bermain bola sepak dan ragbi ketika berusia lima tahun dan memulakan perkembangannya di kelab SU Agen Football. Pada tahun 2009, beliau telah dijemput untuk menyertai Athletic Bilbao selepas bakatnya diperhatikan. Melalui rundingan bersama pihak kelab, beliau menghabiskan masa selama satu musim bersama Aviron Bayonnais FC kerana beliau terlalu muda untuk berpindah keluar dari Perancis pada masa itu.
Laporte secara rasminya tiba di Bilbao pada tahun 2010 dengan menyertai pasukan belia Athletic di Lezama sekali gus telah menimbulkan pertikaian bahawa kemasukannya telah melanggar polisi kelab yang hanya berkait rapat dengan kawasan Basque. Beliau seterusnya beraksi untuk kelab Basconia dan pasukan simpanan Athletic. Pada 28 November 2012, beliau diber peluang untuk melakukan kemunculan sulungnya oleh pengurus Marcelo Bielsa. Beliau beraksi sehingga wisel penamat dalam aksi kemenangan 2-0 ke atas Hapoel Irani Kiryat Shmona dalam kejohanan Liga Europa.
Laporte melakukan penampilan pertamanya di La Liga pada 9 Disember 2012 dengan beraksi selama satu minit ketika pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Celta Vigo. Beliau juga telah disenaraikan ke dalam kesebelasan utama pasukan pada minggu berikutnya dengan membantu pasukan Lions meraih keputusan yang sama ke atas Mallorca sebelum beliau ditawarkan ke skuad utama tidak lama kemudian. Beliau juga telah menandatangani kontrak baru sehingga tahun 2015. Pada 14 Januari 2013, beliau telah diberi jersi nombor 4 yang sebelum ini disarung oleh Ustaritz. Pada hujung bulan, beliau telah memperbaharui kontraknya yang berlanjutan sehingga tahun 2016 yang disertakan klausa pelepasan bernilai 27.5 juta euro.
Laporte menjadi tonggak utama pasukan di bawah kendalian jurulatih baru Ernesto Valverde. Beliau juga beraksi di posisi bek kiri dalam sesetengah perlawanan. Beliau menjaringkan gol pertama dalam kariernya pada 28 Oktober 2013 dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Getafe. Pada penghujung kempen, beliau telah diundi untuk menjadi pemain dalam Pasukan Pilihan La Liga oleh wartawan dari Liga de Fútbol Profesional.
Pada Jun 2015, Laporte melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2019 bersama klausa pelepasan sebanyak 50 juta euro. Selepas mengalami kekalahan kepada Barcelona dalam aksi final Copa del Rey, beliau beraksi dalam kedua-dua perlawanan Piala Super Sepanyol menentang lawan yang sama sebelum mereka meraih kemenangan. Pencapaian itu merupakan kejayaan pertama Athletic dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh 31 tahun.
Pada 13 Jun 2016, Laporte melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2020 bersama klausa pelepasannya yang meningkat sehingga 65 juta euro.
Menjelang penghujung jendela perpindahan musim sejuk pada Januari 2018, Laporte menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 57 juta euro (jumlah kontraktual klausa pelepasannya serta meleburkan rekod bagi kedua-dua kelab yang terbabit). Beliau telah diberi jersi nombor 14 manakala Athletic melaburkan separuh daripada jumlah bayaran itu untuk membawa masuk Iñigo Martínez sebagai pengganti. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris pada hari berikutnya dengan beraksi sehingga wisel penamat ketika pasukannya menundukkan West Bromwich Albion 3-0.
Laporte menjaringkan gol pertamanya untuk City pada 25 Ogos 2018 dengan menyamakan kedudukan perlawanan semasa menentang Wolverhampton Wanderers yang berakhir dengan keputusan seri 1–1. Beliau seterusnya melakukan 51 penampilan ketika musim 2018–19 yang menyaksikan City melengkapkan "treble" dometsik pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris iaitu Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris, Piala EFL dan ditambah lagi dengan Perisai Komuniti.
Pada 31 Ogos 2019, Laporte telah mengalmai kecederaan pada lutut kanannya yang memaksa beliau terpaksa diusung keluar. Beliau menjalani pembedahan pada September 2019.
Laporte telah mewakili Perancis di peringkat bawah-18, bawah-19 dan bawah-21 dengan menjadi kapten bagi tiap-tiap pasukan tersebut. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan bawah-19 yang bergelar naib-juara selepas tewas kepada Serbia dalam Kejohanan Eropah 2013 di Lithuania dan beliau telah dipilih ke dalam "Pasukan Pilihan Kejohanan".
Pada 24 Mac 2016, semasa kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2017 menentang Scotland di Angers, Laporte telah diusung keluar selepas fibula dan buku lali kanannya telah retak dan terkehel lalu menyebabkan beliau terpaksa menamatkan musim dengan lebih awal. Sebelum itu iaitu pada Oktober 2015, beliau menyatakan hasratnya untuk mewakili Sepanyol sekiranya Perancis menolak penglibatannya untuk kejohanan UEFA Euro 2016.
Pada Ogos 2016, di bawah kendalian jurulatih baru Julen Lopetegui, Laporte telah memulakan proses untuk melayakkan dirinya mewakili pasukan Sepanyol. Pada sebulan kemudian, beliau telah dipanggil oleh skuad senior Perancis untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bulgaria dan Belanda pada bulan Oktober. Beliau mengambil keputusan untuk tidak terus memohon kerakyatan Sepanyol untuk menumpukan aksi bersama Perancis. Beliau tidak mengambil bahagian dalam kedua-dua perlawanan itu.
Pada Ogos 2019, beliau telah dipanggil oleh Perancis untuk menghadapi perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Albania dan Andorra. Namun selepas dua hari kemudian, beliau mengalami kecederaan ketika beraksi untuk kelab lalu digugurkan daripada penglibatannya.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Eropah | Lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Basconia | 2011–12 | 33 | 2 | — | — | — | — | 33 | 2 | ||||
Bilbao Athletic | 2012–13 | 8 | 0 | 0 | 0 | 8 | 0 | ||||||
Athletic Bilbao | 2012–13 | 15 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | — | 17 | 0 | |||
2013–14 | 35 | 2 | 3 | 0 | — | 38 | 2 | ||||||
2014–15 | 33 | 0 | 7 | 0 | 9 | 0 | 49 | 2 | |||||
2015–16 | 26 | 3 | 5 | 2 | 12 | 0 | 2 | 0 | 45 | 5 | |||
2016–17 | 33 | 2 | 4 | 0 | 6 | 0 | — | 43 | 2 | ||||
2017–18 | 19 | 0 | 1 | 0 | 10 | 1 | 30 | 1 | |||||
Jumlah | 161 | 7 | 20 | 2 | — | 39 | 1 | 2 | 0 | 222 | 10 | ||
Manchester City | 2017–18 | 9 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | — | 13 | 0 | |
2018–19 | 35 | 3 | 4 | 0 | 1 | 0 | 10 | 2 | 1 | 0 | 51 | 5 | |
2019–20 | 7 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 8 | 0 | |
Jumlah | 51 | 3 | 5 | 0 | 1 | 0 | 14 | 2 | 1 | 0 | 72 | 5 | |
Jumlah kerjaya | 253 | 12 | 25 | 2 | 1 | 0 | 53 | 3 | 3 | 0 | 335 | 17 |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aymeric Laporte |
Sifat P4883 gagal dihasilkan: Sifat P4883 tidak dijumpai.
Aymeric Laporte di French Football Federation (archived) (dalam bahasa Perancis)